Site icon TechNave BM

Xiaomi Redmi K50 mungkin akan dilancar pada Februari 2022

Siri telefon pintar Redmi K50 adalah antara produk yang sangat dinanti oleh para peminat telefon dan kini terdapat maklumat berkenaan pelancarannya. Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, Redmi K50 mungkin akan dilancar pada bulan Februari 2022.

Siri Redmi K50 dikhabarkan akan terdiri daripada empat model iaitu Redmi K50, Redmi K50 Pro, Redmi K50 Pro+ dan Redmi K50 Gaming. Redmi K50 Pro+ dijangkan bakal menjadi peranti Redmi yang dilengkapi cipset andalan Snapdragon 8 Gen 1, manakala Redmi K50 Pro pula dilengkapi Snapdragon 870.

Sementara itu Redmi K50 pula mungkin akan dilengkapi cipset Dimensity 7000 manakala Redmi K50 Gaming pula dengan Dimensity 9000. Semua varian Redmi K50 dijangka akan dilengkapi perisian MIUI 13.

Memandangkan siri Redmi K40 telah dilancar pada Februari 2021, Redmi K50 juga mungkin akan dilancar dalam bulan yang sama pada tahun hadapan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi K50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version