Site icon TechNave BM

Xiaomi Redmi Note 9S dengan Snapdragon 720G sah dilancarkan di Malaysia pada 23 Mac ini

Terdahulu, Redmi India telah memperkenalkan siri Redmi Note 9 Pro, kedua-dua model ini dikenali sebagai Redmi Note 9 Pro dan Note 9 Pro Max. Sebelum kehadirannya di Malaysia, Xiaomi kelihatannya ingin melancarkan Redmi Note 9S terdahulu di Malaysia.

Memandangkan kita sedang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin kita boleh mengambil peluang ini untuk menonton pelancaran telefon pintar Redmi Note 9S pada 23 Mac ini, jam 8PM. Untuk menontonnya, anda boleh ke laman Facebook Xiaomi Malaysia.

Sebenarnya, kami menjangkakan bahawa spesifikasi Redmi Note 9S adalah agak sama dengan siri Redmi Note 9 Pro memandangkan ia dihuni cipset Snapdragon 720G, RAM 6GB dan storan sehingga 128GB. Mungkinkah nama sahaja yang berbeza?

Ketahuinya dengan menonton pelancarannya pada 23 Mac ini! Kami akan membuat liputan berita penuh tentang spesifikasinya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Luahkan komen anda di laman Facebook kami mengenai Redmi Note 9S sekarang!

Exit mobile version