Site icon TechNave BM

Xiaomi Redmi Pad 2 turut rasmi di Malaysia dengan HyperOS 2, harga bermula RM599

Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan tablet terbaharu dengan Redmi Pad 2 yang kini turut ditawarkan dalam versi sokongan 4G. Ia direka khusus untuk kegunaan hiburan harian pada harga mampu milik, lengkap dengan peningkatan menyeluruh daripada segi skrin, bunyi, bateri dan fungsi merentas peranti melalui sistem operasi baharu Xiaomi HyperOS 2.

Redmi Pad 2 hadir dengan paparan 11 inci beresolusi tinggi 2.5K dan kadar segar semula 90Hz. Sistem bunyinya pula dilengkapi empat pembesar suara Dolby Atmos dengan sokongan Audio Hi-Res. Melalui Xiaomi HyperOS 2, kini pengguna boleh menjawab panggilan, berkongsi rangkaian dan menyalin teks atau gambar dari telefon terus ke tablet.

Redmi Pad 2 dikuasakan cip MediaTek Helio G100-Ultra dan bateri 9,000mAh. Untuk versi 4G, ia turut menyokong dwi-SIM bagi sambungan internet tanpa bergantung kepada Wi-Fi. Tablet ini juga tampil dengan rekaan logam ringkas, bergaya dan ringan di tangan. Xiaomi turut melancarkan stilus pintar dan sarung pelindung eksklusif lengkap dengan pendirian terbina.

Redmi Pad 2 akan mula dijual di Malaysia bermula 20 Jun melalui kedai rasmi Xiaomi, mi.com serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Harga rasmi adalah seperti berikut:

Hadiah percuma turut ditawarkan termasuk penutup Redmi Pad 2 dan Xiaomi Smart Band 9 Active untuk sesetengah model dan saluran pembelian. Ia boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna seperti kelabu, hijau dan ungu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version