Site icon TechNave BM

Xiaomi, Samsung dan OPPO mungkin akan perkenalkan kamera bawah skrin pada tahun ini!

Pada tahun lalu, ZTE telah mengejutkan peminat gajet seluruh dunia dengan melancarkan kamera bawah skrin pada telefon ZTE Axon 20 5G. Namun, teknologi tersebut masih lagi belum mencapai kualiti yang boleh diguna pakai oleh semua telefon pintar masa ini.

Pada tahun ini, ZTE dijangka akan melancarkan generasi kedua untuk kamera bawah skrin mereka dan ianya bakal digunakan oleh telefon pintar ZTE Axon 30 5G. Selain dari ZTE, Xiaomi, OPPO dan Samsung juga dikhabarkan akan memperkenalkan teknologi kamera bawah skrin pada peranti andalan mereka tahun ini.

Zte Axon 20 5G

Mengikut sumber, Xiaomi mungkin akan menggunakan kamera bawah skrin untuk telefon pintar Mi Mix 4, manakala OPPO dan Samsung pada telefon pintar lipat mereka.

Adakah anda menyukai teknologi kamera bawah skrin? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version