Site icon TechNave BM

Xiaomi, Samsung dan vivo jenama telefon paling popular di Malaysia pada suku kedua 2022

Firma penyelidikan pasaran Canalys telah menerbitkan sebuah laporan tentang penjualan telefon pintar di seluruh dunia untuk suku kedua 2022. Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi adalah jenama yang paling laris dalam tempoh tersebut, diikuti dengan Samsung dan vivo.

Xiaomi berjaya menguasai pasaran tempatan dengan memegang 30% daripada jumlah jualan telefon pada tempoh itu. Ia disusuli dengan Samsung (20%), vivo (14%), OPPO (14%) dan realme (8%).

Firma itu mengatakan salah satu sebab Xiaomi berjaya mendapat pasaran meluas adalah kerana pengenalan siri telefon pintar andalan Xiaomi 12 pada bulan Mac lalu, di mana ia adalah telefon pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1.

Selain itu, pelancaran siri telefon kelas pertengahan Redmi Note 11 pada bulan Februari juga telah menyumbang kepada jumlah jualan Xiaomi. Ini adalah siri telefon pintar yang dijual pada harga mampu milik namun masih mempunyai spesifikasi yang canggih.

Dalam pada itu, Xiaomi Malaysia berkata mereka akan melancarkan varian baharu dalam siri Xiaomi 12 pada bulan Ogos ini. Beritahu kami di Facebook jika anda menggunakan peranti Xiaomi dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version