Site icon TechNave BM

Xiaomi sedang aktif di arena teknologi – Kemunculan Xiaomi Mi 10s dan siri Mi TV 5 75 inci

Terdahulu, siri Xiaomi Mi 10 telah diperkenalkan. Namun, kami masih tiada maklumat rasmi berkenaan pelancarannya di Malaysia. Belum sempat kami menerima berita pelancaran di Malaysia, Xiaomi terbukti mengorak langkah dengan ura-ura kemunculan Xiaomi Mi 10S!

Spekulasi ini melaporkan Xiaomi Mi 10S bakal dilancarkan selepas siri baru MIX dilancarkan. Kami menjangkakan ia bakal hadir selepas pada bulan September atau Oktober. Oleh kerana ini adalah kali pertama kami menemui ura-ura tentang Xiaomi Mi 10S, maka tidak banyak yang dapat kami katakan selain daripada jangkaan tinggi terhadap prestasi (lebih tinggi daripada Xiaomi Mi 10). Mungkin dengan RAM lebih besar, paparan, storan atau cipset yang berlainan.

Xiaomi bukan sahaja sedang aktif dalam keluaran telefon pintarnya, tetapi produk teknologi lain seperti TV! Terkini, sumber melaporkan Xiaomi telah mendedahkan kemunculan Mi TV 5 dan Mi TV 5 Pro (siri Mi TV 5 75 inci) di China. TV dengan paparan 4K + HDR 10+ seperti yang anda dapat lihat dalam poster dikatakan bakal muncul dengan harga 7999 yuan (~RM4,849) dan 9999 yuan (~RM6,061).

Apakah pendapat anda mengenai Xiaomi yang cukup aktif ini? Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNave | news.mydrivers

Exit mobile version