Site icon TechNave BM

Xiaomi sedang menghasilkan Mi Band X dengan skrin fleksibel 360°

Gelang tangan pintar Xiaomi Mi Band adalah antara produk yang berjaya dari Xiaomi. Peranti ini hadir dengan pelbagai spesifikasi menarik dan dijual pada tanda harga yang sangat berpatutan. Kini, sumber dalam talian menunjukkan bahawa mereka sedang menghasilkan sebuah gelang tangan pintar Mi Band yang lebih premium .

Melihat kepada gambar yang tertiris, gelang tangan ini akan menggunakan skrin fleksibel yang menutupi pergelangan tangan anda. Peranti ini juga tidak akan mempunyai buckel dan sebaliknya menggunakan magnet.

Peranti ini mungkin akan hadir dengan nama Mi Band X dan ia menjanjikan reka bentuk yang ringan dan nipis. Untuk harga, ia dijangka akan dijual pada tanda harga yang jauh lebih tinggi berbanding Mi Band 6. Ini mungkin dijual sekitar ~$250 (~RM1,055).

Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version