Site icon TechNave BM

Xiaomi Smart Band 7 Pro dilancar di Malaysia: Lebih 110 mod sukan dan hayat bateri 12 hari berharga RM279

Banyak peranti dilancarkan pada malam semalam termasuk Xiaomi Smart Band 7 Pro. Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED segi empat tepat 1.64 inci dengan resolusi tinggi dapat meningkatkan pengalaman tontonan setiap pengguna.

Ia mempunyai pemantauan tidur dan penjejakan sukan yang menawarkan lebih 110 mod sukan yang boleh memenuhi keperluan penjejakan tertentu pengguna. Dengan sistem GNSS binaan dalam, ia membolehkan kedudukan yang lebih pantas dan penjejakan laluan yang lebih tepat menjadikannya gear yang ideal untuk semua peminat sukan semasa dalam perjalanan. 

Daripada segi reka bentuk, peranti ini mempunyai lebih 150 muka jam dalam aplikasi dan 2 warna jalur dengan pelbagai pilihan tali yang berbeza. Ia sesuai dipakai untuk kelihatan bergaya, pesta pada waktu malam atau ketika bersukan. Peranti ini mempunyai kalis air 5ATM dan hayat bateri melebihi 12 hari. 

Ia membawa harga mampu milik RM299 sahaja tetapi anda akan mendapat harga diskaun RM279 untuk pembelian antara 5 Oktober hingga 9 Oktober. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version