Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Smart Band 8 Pro yang mempunyai dail segi empat tepat tanpa sebarang butang fizikal, tali boleh ditukar dan kalis air sehingga 5 meter. Peranti ini mempunyai paparan AMOLED berukuran 1.74 inci dan mempunyai resolusi 336 x 480 piksel. Ia menawarkan kadar penyegaran semula 60Hz, kecerahan puncak 600 nits, paparan sentiasa hidup dan 16.7 juta warna.
Jam ini dilengkapi dengan widget yang boleh disesuaikan pada skrin utama dan kefungsian muka jam tangan potret. Selain itu, ia dilengkapi dengan pemantau kadar jantung, sensor SpO2, penjejak tidur dan pemantau kitaran haid untuk wanita. Peranti ini juga mampu menjejak tahap tekanan dan menawarkan latihan pernafasan.
Ia memuatkan lebih daripada 150 mod sukan sambil mengekalkan sensor somatosensori daripada Band 8 yang membolehkan pengguna menjejak data yang berkaitan dengan deria somatik semasa dalam aksi tinju. Ia mempunyai cip GNSS yang menyokong lima sistem satelit, memuatkan pembantu suara dan kawalan peranti pintar Xiaomi yang lain melalui Pusat Miaoxiang. Jam ini memuatkan bateri 297mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari dengan kuasa penuh.
Xiaomi Smart Band 8 Pro serasi dengan pelbagai warna tali dan pilihan material. Ia berharga CNY 399 (~RM253) untuk gelang TPU yang ditawarkan dalam warna Hitam dan Abu Kelapa manakala pilihan kulit dalam Harbour Blue berharga CNY 449 (~RM284).
Kami berharap peranti ini membuat penampilannya ke pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

