Site icon TechNave BM

Xiaomi tamatkan sokongan perisian untuk Mi 10T, Mi 10T Pro dan Poco X3

Semalam, Xiaomi melancarkan siri Xiaomi 14 di China. Peranti ini membawa beberapa peningkatan. Salah satunya ialah sokongan perisian yang lebih lama. Seperti siri Xiaomi 13T yang dikeluarkan baru-baru ini , telefon bimbit ini akan menerima 4 generasi Android dan kemas kini keselamatan selama 5 tahun.

Malangnya, dasar perisian baharu tidak layak untuk telefon bimbit lama. Oleh itu, Xiaomi telah menamatkan sokongan untuk siri Mi 10T dan Poco X3. Mari kita lihat butirannya. Xiaomi mempunyai halaman khusus di tapak webnya untuk peranti EOL (End of Life).

Xiaomi telah menambah Mi 10T, Mi 10T Pro dan Poco X3 ke dalam senarai menandakan berakhirnya sokongan perisian mereka. Ketiga-tiga telefon pintar tersebut telah dilancarkan pada penggal kedua 2020. Oleh itu, sokongan perisian mereka tamat selepas 3 tahun mengikut dasar lama Xiaomi.

Untuk pengetahuan, Xiaomi dan pengeluar telefon pintar lain telah meningkatkan perkhidmatan mereka daripada segi sokongan perisian dengan siri Xiaomi 14 menjanjikan 4 generasi kemas kini OS dan 5 tahun kemas kini keselamatan. Yang paling ketara ialah Google yang menjanjikan kemas kini selama 7 tahun untuk siri Pixel 8. 

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xiaomi

Exit mobile version