Site icon TechNave BM

Xiaomi tubuhkan studio filem, fokuskan penggambaran guna kamera telefon pintar

Telefon pintar Xiaomi terkenal dengan prestasi kamera yang sangat bermutu tinggi, seperti yang terdapat dalam telefon andalan Mi 11 Ultra. Bagi menggalakkan penggambaran yang menggunakan kamera telefon, syarikat teknologi China itu telah mencipta sebuah studio filem bernama Xiaomi Studios.

Xiaomi mengatakan studio itu akan menumpukan pada penerbitan filem pendek seperti yang dilakukan oleh Apple. Mereka juga telah mengumumkan program Xiaomi Creator bagi mencari bakat di kalangan pembikin filem untuk membuat filem menggunakan kamera telefon.

Teknologi kamera telefon kini sudah pun mencapai tahap yang sangat canggih di mana ia mampu merekod kualiti yang sangat cantik dan boleh diakses dengan mudah oleh orang ramai. Sebelum ini, Apple sering membikin filem pendek menggunakan iPhone bagi mempromosi telefon pintar tersebut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang inisiatif Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version