Site icon TechNave BM

Xiaomi tunjuk rekaan dalaman Redmi K40 Game Enhanced Edition di dalam sebuah video!

Telefon gaming Redmi K40 Game Enhanced Edition boleh dikatakan sebagai peranti yang terhangat di pasaran buat masa ini. Untuk menambahkan lagi pengalaman menarik mengenai peranti ini, Xiaomi telah memuat naik video berdurasi 2 minit yang telah menyelongkar rekaan dalamannya.

Proses pembukaan peranti ini dimulakan dengan menanggalkan panel belakang kaca yang mendedahkan bateri, antena NFC dan penutup pelindung papan induknya. Kemudian, beberapa skru dibuka dan anda boleh lihat papan induk dan tiga modul kameranya.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2021/05/gsmarena_009.mp4

Selepas melihat papan induk dan cipset Dimensity 1200 dengan lebih dekat, kita dapat lihat pembesar suara stereo yang ditala oleh syarikat JBL. Bateri 5,000mAh dan motor gegeran peranti ini juga ditunjukkan. Antara yang menarik perhatian di dalam video ini adalah mekanisma butang tambahan bahu yang ada pada Redmi K40 Game Enhanced Edition.

Akhir sekali, paparan peranti ini ditanggalkan dan kita dapat lihat sebuah sink haba yang diperbuat oleh tembaga.

Bagaimana dengan rekaan dalaman peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version