Site icon TechNave BM

Xiaomi umum 7 aksesori pelengkap Mi 10

Baru-baru ini, Xiaomi mengumumkan tujuh aksesori telefon pintar baru di samping mengumumkan siri Mi 10. Antara yang menarik perhatian ialah pembesar suara Bluetooth yang dilengkapi pengecasan wayarles 30W, sebuah ciri yang turut terdapat dalam siri Mi 10 dan Mi 9 Pro 5G.

Xiaomi juga mengumumkan router Wi-Fi 6 pertamanya, AX3600, yang menawarkan kelajuan sehingga 6.6Gbps. Ia dilengkapi tujuh antena di mana salah satu antena tersebut dikhaskan untuk Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (Artificial Intelligence of Things, AIoT) di mana ia menyokong dual-frequency dan menghubungkan peranti-peranti Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT) sepantas 150Mbps.

Selain itu, syarikat China itu turut mengumumkan sebuah pengecas Type-C GaN (gallium nitride) 65W untuk telefon pintar, laptop dan peranti-peranti lain. Pengecas bersaiz kecil itu mampu mengecas Mi 10 Pro (5,260mAh) sehingga penuh sepantas 45 minit dengan kadar maksima 50W. Ia juga boleh digunakan dalam peranti lain yang menyokong pengecasan 65W.

Sebuah pengecas wayarles 30W turut diumumkan. Ia dilengkapi kipas dalaman dan saluran udara untuk membantu mengeluarkan haba. Aksesori lain yang diumumkan termasuk sebuah kipas penyejuk dan gamepad untuk telefon pintar serta perumah (casing) Mi 10 yang boleh dilipat.

Kongsi di Facebook kami jika anda berminat dengan mana-mana aksesori di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version