Site icon TechNave BM

Xiaomi umum barisan produk AIoT baharu untuk pasaran Malaysia, harga bermula RM79

Xiaomi telah melancarkan beberapa produk baharu dalam rangkaian peranti pintar berasaskan kecerdasan buatan dan Internet of Things (AIoT) di Malaysia. Produk baharu ini termasuk power bank berkapasiti tinggi, sistem Wi-Fi Mesh dan kaca mata audio pintar yang direka untuk meningkatkan pengalaman kehidupan digital pengguna.

Antara produk yang diperkenalkan ialah Xiaomi 212W HyperCharge Power Bank 24500 yang menawarkan pengecasan pantas dengan kapasiti 24,500mAh serta tiga port pengecasan. Untuk pilihan lebih ringan, Xiaomi Power Bank 10000mAh 22.5W Lite menyediakan pengecasan pantas dalam reka bentuk yang lebih mudah dibawa.

Bagi pengguna yang mencari pengalaman audio inovatif, Xiaomi Smart Audio Glasses menggabungkan kacamata dengan teknologi audio terbuka untuk membolehkan pengguna menikmati muzik dan panggilan tanpa perlu menggunakan fon telinga.

Dalam kategori sambungan internet, Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi Router BE3600 iaitu router Wi-Fi 7 dengan kelajuan sehingga 3570Mbps dan Xiaomi Mesh System BE3600 Pro yang menjanjikan liputan internet menyeluruh bagi rumah moden.

Semua produk ini kini boleh didapati di kedai Xiaomi dan platform dalam talian rasmi seperti Shopee dan Lazada. Xiaomi turut menawarkan promosi harga istimewa sehingga 6 April 2025 bagi pengguna yang ingin mendapatkan produk AIoT ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu produk yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version