Site icon TechNave BM

Xiaomi umum kemas kini MIUI 12.5, ini senarai peranti yang layak dapat kemas kini

Xiaomi telah mengumumkan kemas kini sistem operasi MIUI 12.5 seiring dengan kehadiran Xiaomi Mi 11 semalam. Antara maklumat yang boleh didapati adalah naik taraf kemas kini dan jadual kemas kini MIUI 12.5 untuk peranti terpilih.

MIUI 12.5 memiliki sistem UI yang dinaik taraf dengan pengurangan kadar penggunaan CPU sebanyak 22%, penjimatan kuasa sebanyak 15% dan pengoptimuman operasi dengan beberapa gerakan baharu. Terdapat juga sokongan pemadaman perisian pra-pasang yang dianggap sebagai perisian remeh atau anda juga boleh menyembunyikan beberapa perisian asas.

Peranti pertama yang akan menerima kemas kini MIUI 12.5 (bermula awal suku kedua tahun 2021):

Peranti yang akan terima kemas kini MIUI 12.5 (bermula akhir suku kedua tahun 2021):

Adakah peranti anda tersenarai? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version