Site icon TechNave BM

Xiaomi umumkan kerjasama dengan Leica, bakal lancarkan telefon pintar fotografi pada Julai 2022

Xiaomi telah mengumumkan kerjasamanya yang terbaru dengan syarikat fotografi dari Jerman, Leica Camera. Dengan kerjasama di antara dua syarikat terkenal ini, mereka bakal melancarkan sebuah telefon pintar pada bulan Julai 2022 yang akan dilengkapi teknologi fotografi canggih.

Selain daripada itu, Xiaomi masih belum menyatakan sebarang maklumat spesifikasi atau nama berkenaan telefon ini. Sungguh pun begitu, kerjasama ini telah dimeterai untuk dilaksanakan dalam tempoh yang lama, jadi kita mungkin akan menyaksikan beberapa telefon oleh Xiaomi yang akan mempunyai teknologi Leica pada tahun-tahun akan datang.

Telefon pertama dengan kerjasama Leica ini dijangka adalah Xiaomi 12 Ultra yang bakal menjadi varian tercanggih dalam siri Xiaomi 12.

Ini bukanlah kali pertama Leica bekerjasama dengan syarikat teknologi. Sebelum ini, mereka pernah bekerjasama dengan HUAWEI untuk menghasilkan telefon pintar yang dilengkapi teknologi kamera Leica, seperti dalam siri HUAWEI P50.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon oleh kedua-dua syarikat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version