Site icon TechNave BM

Xiaomi umumkan Mi Talk: Aplikasi mirip Clubhouse untuk Android dan iPhone

Pada 26 Februari, Xiaomi telah melancarkan semula aplikasi permesejan Mi Talk di mana kali ini ia ditujukan kepada perkongsian audio di kalangan golongan profesional. Fungsi ini mungkin boleh dilihat agak mirip dengan aplikasi perkongsian audio Clubhouse yang sangat popular di kalangan pengguna iPhone.

Sebelum ini, Mi Talk adalah sebuah aplikasi permesejan biasa namun ia telah dihentikan pada awal bulan ini. Xiaomi telah membangunkan versi Android dan iOS untuk aplikasi tersebut, namun pengguna yang berminat perlu mendapatkan jemputan daripada Xiaomi untuk memuat turun aplikasi iu, seperti Clubhouse.

Antara muka (UI) Mi Talk

Setakat ini, ia masih lagi dalam fasa pembangunan awal. Pengguna Mi Talk sebelum ini juga tidak boleh mengimport akaun lama mereka dan kini perlu membuat akaun baru. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version