Site icon TechNave BM

Xiaomi umumkan Mi TV Stick, hanya sambung di TV untuk strim filem berharga (~RM195)

Kewujudan dongel pintar ini sememangnya membuktikan Xiaomi bergerak maju ke arah pengaplikasian teknologi dari pelbagai aspek. Terkini, Xiaomi telah mengumumkan kehadiran Mi TV Stick pada peringkat global.

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya tentang fungsi Mi TV Stick. Untuk pengetahuan anda, anda hanya perlu menghubungkan dongel ini pada TV anda yang sedia ada untuk menikmati penstriman video dan filem di mana-mana sahaja.

Oleh kerana ianya berciri mudah alih, anda boleh mengakses kandungan filem dan tontonan video seperti di TV pintar ke mana-mana sahaja. Turut hadir pada Mi TV Stick ini adalah sokongan Android TV, Chromecast, tontonan video 1080p dan Google Assistant.

Bukan itu sahaja, alat kawalan dengan ciri Bluetooth dan butang akses platform strim kegemaran anda, Netflix turut disertakan untuk memudahkan anda. Setakat ini, ia diumumkan dengan harga global mengikut pasaran Eropah, 39.99 Euro (~RM195) sahaja.

Memandangkan ia diumumkan di peringkat global, mungkin ia bakal hadir di pasaran Malaysia. Apa pun, kami masih menunggu harga rasmi Mi TV Stick di pasaran Malaysia. Ketahui kemas kini harga dan keberadaannya di Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version