Site icon TechNave BM

Xiaomi Youpin melancarkan ‘speaker’ Bluetooth sebagai pengecas wayarles 20W berharga ~RM93

Terkini, Xiaomi telah mengeluarkan pembesar suara (speaker) Bluetooth sebagai pengecas wayarles (ZMI) dengan tujuh cahaya menarik yang keluar ditampilkan melalui pembesar suara tersebut.

ZMI (disebut Zi-Mi) merupakan peranti yang menggabungkan fungsi pembesar suara pintar dan pengecas pantas. Anda kini boleh memainkan muzik dimana sahaja dengan menghubungkan pembesar suara melalui Bluetooth. Apabila telefon pintar anda kehabisan bateri, pembesar suara ini boleh bertukar menjadi pengecas wayarles.

ZMI menyokong pengecasan pantas berkuasa tinggi 20W yang menyokong Xiaomi 10, Xiaomi 10 Pro, Xiaomi 9 atau Xiaomi 9 Pro. Ia mampu mengecas sebanyak separuh kapasiti bateri Xiaomi 10 Pro selama 39 minit sahaja. Ia juga boleh digunakan dengan pelbagai peranti yang menyokong pengecasan pantas lain seperti Galaxy S10 dan iPhone 11. Untuk pengetahuan anda, induksi pengecasan efektif adalah 4mm dan ia boleh dicas dengan perumahnya.

Sebagai pembesar suara, ia dilengkapi perkakas dalaman neodimium besi boron magnetik dengan kuasa tinggi 5W dan bunyi imersif 360 degree. Reka bentuk tiub subwufer terbalik menambahkan lagi pengalaman memuaskan dalam mendengar muzik. Ia turut dilengkapi teknologi Bluetooth 5.0 terkini dengan sambungan pantas walaupun jarak transmisi sehingga 10 meter. Untuk pengetahuan anda, ZMI menyokong panggilan suara dengan hanya satu sentuhan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat disini. Apa pun, kami tidak pasti tentang keberadaannya di rakyat Malaysia. Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version