Sebuah platform perbincangan dari Yahoo, Yahoo Groups kini umumkan bahawa mereka tidak akan lagi beroperasi secara rasmi bermula 15 Disember ini.
Syarikat telco Amerika Syarikat, Verizon yang telah membeli syarikat Yahoo tiga tahun lalu bercadang untuk menutup laman web Yahoo Groups secara kekal. Hal ini tidak mengejutkan kerana terdapat pelbagai pelantar baru yang lebih popular pada masa kini seperti Google, Facebook, Reddit jika dibandingkan dengan Yahoo Groups.
Pengguna pelantar Yahoo Groups ini tidak lagi dapat membuka perbincangan baru dan semua perbincangan yang lalu akan dipadam secara kekal.
Adakah anda masih menggunakan Yahoo Groups? Kongsikan pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

