Site icon TechNave BM

Yang Yang jadi duta global siri HONOR 90 yang akan dilancar paa petang ini

HONOR mengumumkan pelantikan pelakon China, Yang Yang sebagai duta global untuk model baharu siri HONOR 90. Pelantikan Yang Yang, rekaan serta warna baharu peranti tersebut membawa kejutan kepada peminat seluruh dunia.

Sebelum ini, HONOR telah mendedahkan gambar promosi memaparkan rekaan menawan seakan berlian siri HONOR 90 dengan tekstur kontras dan warna mengutamakan nilai estetik dalam rekaan telefon pintar.  

Siri HONOR 90 membawa kehebatan pengimejan dengan kamera Super 200MP. Ini merupakan penaiktarafan berbanding pendahulunya dan turut disebut-sebut bakal menaikkan telefon pintar standard yang fenomena.

Susulan pengumuman duta global baharu, HONOR sedang bersiap sedia melancarkan siri HONOR 90 di China pada petang ini. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook dan laman sesawang rasmi HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version