Site icon TechNave BM

Yes 5G lancarkan pelan NVIDIA GeForce NOW, permainan awan bermula RM30/bulan

Pada pertengahan Mac 2023, Yes 5G melancarkan beta perkhidmatan permainan awan NVIDIA GeForce NOW di Malaysia dan nampaknya produk itu kini tersedia secara rasmi kepada pengguna. Ia bukan sahaja tersedia untuk pelanggan Yes malah yang bukan pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan ini.

Harga langganan bulanan untuk GeForce NOW oleh Yes ialah RM30 sebulan. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menggunakan pelan tahunan, ia akan menjadi hanya RM300 setahun yang boleh menjimatkan RM60.

Kedua-dua pelan mempunyai faedah yang sama seperti RTX On, 6 jam permainan setiap sesi, dan akses kepada banyak permainan video yang tersedia pada platform permainan PC seperti Steam dan lain-lain. Namun, harga langganan bulanan dan tahunan untuk bukan pelanggan Yes ialah RM50 dan RM500.

Jika berminat, anda perlu melanggan salah satu daripada pelan tersebut dan pastikan anda juga mempunyai akaun di Steam, Epic Games Store, EA Play/Origins, UPlay oleh Ubisoft, GOG dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Yes 5G.

Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version