Site icon TechNave BM

Yes 5G tawarkan perayauan 5G tanpa had secara percuma di Singapura

Syarikat telekomunikasi Yes 5G kini sedang menawarkan perayauan (roaming) 5G tanpa had secara percuma di Singapura untuk para pelanggan Yes 5G Infinite Postpaid Plan. Pelan ini pasti amat bermanfaat untuk para pelanggan yang kerap ulang alik ke negara republik tersebut.

Menurut Yes 5G, faedah ini akan ditawarkan kepada pelanggan pelan Yes Infinite pada harga bermula RM58 sebulan, iaitu Yes Infinite Basic (RM58 sebulan), Standard (RM88 sebulan), Premium (RM118 sebulan) and Ultra (RM178 sebulan).

Perayauan 5G ini bermaksud pelanggan boleh menikmati rangkaian 5G tanpa had data dan had kelajuan di Singapura, data hotspot sehingga 110GB serta panggilan telefon tanpa had. Perlu diingati bahawa ia masih tertakluk bawah Polisi Penggunaan Adil (Fair Usage Policy, FUP), di mana menurut laman soalan lazim (FAQ), pelanggan akan menerima data berkelajuan tinggi sebanyak 10GB sahaja sewaktu berada di Singapura.

Jika 10GB itu sudah habis dipakai, kelajuan internet akan diturunkan kepada 512Kbps sahaja. Sungguh pun begitu, ini pastinya adalah manfaat yang sangat menarik jika anda kerap melawat Singapura.

Layari laman web Yes 5G untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version