Site icon TechNave BM

Yes Databack: Pengguna Yes dapat 5GB percuma setiap kali belanja RM50 di Shopee

Terkini, Yes telah mengumumkan kolaborasi dengan Shopee untuk kempen Yes Databack. Kempen ini ialah peluang penebusan data internet percuma melalui setiap pembelian yang dilakukan di platform e-dagang Shopee.

Untuk pengetahuan anda, data internet percuma 5GB akan diberikan kepada pelanggan Yes untuk setiap perbelanjaan RM50 di Shopee. Anda boleh terus menebus data 5GB melalui perbelanjaan RM50 seterusnya di Shopee. Namun, data internet percuma 5GB ini hanya boleh ditebus sehingga jumlah keseluruhan 100GB.

Data internet 5GB ini akan diberi melalui baucar yang sah sehingga 4 bulan dari tarikh baucar dikeluarkan.

Sebagai tambahan, anda juga boleh mendapatkan pelan prabayar Yes pada harga RM1 melalui promosi Yes Kasi Up x Shopee RM1. Pelan ini dilengkapi data LTE 10GB, serta panggilan dan SMS tanpa had.

Anda boleh menyemak maklumat lanjut mengenai promosi yang dinyatakan di atas di laman rasmi Yes. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Yes

Exit mobile version