Site icon TechNave BM

YES kini beri 40GB akses data percuma kepada semua rakyat B40

Terkini, syarikat telekomunikasi di Malaysia, YES telah melancarkan inisiatif YES Kasi Up B40 khas untuk rakyat Malaysia dalam kategori B40. Usaha ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital. Rakyat dalam kategori B40 kini mendapat akses data YES 40GB percuma.

Setiap rakyat yang berdaftar di bawah kategori B40 boleh menikmati inisiatif ini. Untuk menebus 40Gb data percuma, anda boleh ke laman rasmi Kasi Up B40 atau melalui aplikasi MyYes.

Permohonan pula boleh dibuat melalui pengisian butiran di laman rasmi Kasi Up B40, kemudian kad SIM YES akan dihantar terus ke rumah anda. Setelah diaktifkan melalui aplikasi MyYes, 40GB data percuma sah untuk tempoh 60 hari. Anda boleh membaca maklumat lanjut mengenainya di laman FAQ YES.

Terdahulu, YES juga menawarkan sehingga 150,000,000 data percuma sewaktu PKP.

Sudahkah anda menebusnya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version