Site icon TechNave BM

YES lancarkan pelan prabayar dan pascabayar 5G pertama di Malaysia, harga bermula dari RM30

Tidak lama selepas pelancaran komersial rasmi perkhidmatan 5G oleh DNB, YES telah mendedahkan pelan prabayar dan pascabayar 5G yang pertama untuk pasaran Malaysia. Daripada laman web rasminya, anda disediakan pilihan YES Prabayar FT5G Unlimited berharga RM30 dan YES Pascabayar FT5G pada harga RM49.

YES Prabayar FT5G Unlimited menawarkan data 5G tanpa had tetapi hanya sehingga 31 Mac 2022. Ia juga akan menawarkan data 4G tanpa had dan kedua-dua perkhidmatan akan sah selama 30 hari. Tambahan, terdapat hotspot 9GB dan anda boleh membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Bagi SMS, ia tidak dicaj jika anda dan penerima mesej menggunakan rangkaian YES.

Beralih kepada YES Pascabayar FT5G, pelan pascabayar ini juga menawarkan 5G tanpa had percuma sehingga 31 Mac. Jika anda tidak berada dalam kawasan 5G, maka anda akan diberikan 100GB data Internet 4G.

Tidak dinyatakan sama ada ia mempunyai panggilan percuma tetapi ia mempunyai SMS tanpa had ke rangkaian YES. Seterusnya, YES juga menawarkan YES Postpaid FT5G RM99 pada peranti 5G terpilih. Pelan ini menampilkan pelan data yang serupa kecuali untuk data 4G tersedia sebanyak 250GB dan ia berdasarkan kontrak 24 bulan.

Ia bergantung pada peranti yang anda pilih dengan seperti Xiaomi, realme, vivo, Nokia dan OPPO. Menariknya, beberapa telefon pintar anda boleh dapatkannya secara percuma dengan pakej ini. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari web rasmi YES.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version