Site icon TechNave BM

Yooda siarkan Rap Off Hidangan Raya, pertarungan rap untuk hiburan anda

Yoodo mempersembahkan pertarungan rap battle epik antara semua hidangan enak Raya untuk merebut gelaran hidangan Raya terbaik tahun ini. Yoodo akan menyiarkan video muzik Rap Off Hidangan Raya yang menampilkan antara rapper terhebat dengan persembahan rap mereka yang bertenaga sambil berentap antara satu sama lain.

Barisan bintang rapper yang ditampilkan dalam video muzik ini termasuk Kendrick Lemang, KeTupac Syukur, Nasi Minaj, Post Malontong, Sotorious B.I.G., Dr. Drendang dan banyak lagi. Setiap rapper akan mempersembahkan gaya unik dan melodi istimewa masing-masing.

Nama-nama yang dibawa cukup menyayat hati dan sudah pasti lirik yang dibawa bakal membawa anda tertawa. Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata bahawa syarikat itu akan berusaha menyediakan pilihan yang sesuai dengan citarasa dan kehendak peribadi anda.

Untuk menyaksikan video muzik Rap Off Hidangan Raya, anda boleh layari laman YouTube Yoodo dan ikuti Facebook atau laman web rasmi Yoodo untuk tahu lebih lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version