Site icon TechNave BM

Yoodo akan lancarkan rangkaian 5G tidak lama lagi

Dengan rangkaian 5G yang semakin berkembang di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi telah mengambil langkah untuk menyediakan perkhidmatan 5G yang murah dan stabil kepada pengguna.

Kini, Yoodo turut menjadi salah satu syarikat yang akan menyediakan rangkaian 5G tidak lama lagi. Jika anda ke laman web rasminya, anda akan melihat “5G akan tiba” menunjukkan ia mungkin melancarkan rangkaian 5G kepada pengguna dalam masa tedekat.

Dengan rangkaian 5G negara ini yang berkembang pesat, maka pengguna dapat memuat naik dan memuat turun aplikasi dengan kelajuan yang pantas. Yoodo tidak terkecuali untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.

Sempena pelancaran rangkaian 5G oleh Yoodo, kami pasti syarikat itu akan mengeluarkan beberapa promosi dalam harga berpatutan. Oleh itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version