Site icon TechNave BM

Yoodo anjurkan pertandingan Pokémon UNITE pertama di Malaysia, tawarkan hadiah bernilai ~RM90,000

Syarikat telekomunikasi tempatan Yoodo telah bekerjasama dengan The Pokémon Company bagi menganjurkan Kejohanan Terbuka Pokémon UNITE pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah USD20,000 (~RM90,000).

Pokémon UNITE adalah sebuah game percuma untuk platform Android, iOS dan Nintendo Switch di mana para pemain boleh memilih Pokémon kegemaran mereka untuk bertempur dalam genre multiplayer online battle arena (MOBA). Ia telah pun dimuat turun sebanyak lebih 70 juta kali di serata dunia.

Pendaftaran untuk Kejohanan Terbuka Pokémon UNITE Malaysia 2022 akan dibuka bermula 27 Julai hingga 30 Ogos 2022, manakala peringkat akhir Grand Finals akan berlangsung pada 10 September 2022.

Yoodo akan turut memperkenalkan tambahan (add-on) permainan Pokémon UNITE pada Ogos 2022, di mana para pelanggan Yoodo boleh bermain sepanjang hari dengan tambahan data sebanyak 20GB.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, layari laman web Yoodo atau Facebook Yoodo. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version