Site icon TechNave BM

Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan mulai 29 Ogos 2024.

Yoodo ialah jenama telekomunikasi digital yang menggunakan rangkaian CelcomDigi dan perkhidmatannya perlu dihentikan dalam tempoh 18 bulan selepas penggabungan. Walaupun selepas penamatan, pelanggan akan terus menikmati perkhidmatan sedia ada termasuk saluran pembayaran akan kekal tanpa sebarang gangguan sehingga dimaklumkan kelak.

Maklumat lanjut tentang perkhidmatan akan dikongsi anda pada 17 Jun 2024. Dalam pada masa yang sama juga, Yoodo mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang setia bersama mereka.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Yoodo

Exit mobile version