Site icon TechNave BM

Yoodo ingin bawa anda ke Korea dan banyak lagi percutian menarik dengan kempen Ajak, Ajak, Menang

Syarikat telekomunikasi Yoodo melancarkan kempen promosi Ajak, Ajak, Menang iaitu sebuah kempen rujukan di mana para pengguna Yoodo boleh memenangi pelbagai hadiah hebat termasuklah hadiah percutian ke Seoul, Bangkok atau glamping di Malaysia.

Untuk menyertai kempen ini, para pelanggan hanya perlu merujuk ahli keluarga dan rakan-rakan mereka untuk mula melanggan kepada Yoodo. Dengan berkongsi kod rujukan unik mereka bersama seramai orang yang mungkin, pelanggan akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memenangi hadiah utama.

Berikut adalah senarai hadiah utama untuk para pemenang kempen ini:

Selain itu, terdapat banyak lagi hadiah-hadiah menarik seperti kredit e-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM30, baucar hotel staycation, data internet berkelajuan tinggi dan mata Yoodo Point yang boleh ditebus untuk membeli produk Yoodo.

Kempen rujukan ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2022. Layari laman web Yoodo untuk maklumat lanjut tentang kempen ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version