Site icon TechNave BM

Yoodo umum operasi perniagaannya akan diteruskan seperti biasa

Dalam syarat penggabungan Celcom dan Digi baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut menyebut Yoodo yang merupakan anak syarikat Celcom mesti dijual atau menghentikan operasinya selepas penggabungan selesai. Apa yang sebenarnya yang berlaku kepada Yoodo?

Jurucakap Yoodo baru-baru ini menyiarkan kiriman mengenai kemas kini untuk mereka yang ingin tahu dan prihatin terhadap perkhidmatan Yoodo. Beliau berkata dengan memberi jaminan bahawa perniagaan dan operasi akan diteruskan seperti biasa.

Ketua Eksekutif Yoodo juga menyebut bahawa akan ada lebih banyak produk inovatif akan datang yang memenuhi keperluan penggunaan mudah alih dan gaya hidup penngguna. Ini termasuk bidang e-sukan, hiburan, pengalaman muzik K-pop dan banyak lagi. Yoodo akan mengeluarkan lebih banyak pengumuman jika terdapat sebarang perubahan pada masa hadapan.

Pengguna Yoodo boleh terus menggunakan perkhidmatan Yoodo sehingga proses penggabungan dijangka selesai pada separuh kedua tahun 2022. Walaupun begitu, perkhidmatan itu perlu diteruskan sehingga tiga tahun. Ini kerana Yoodo pada asasnya ialah MVNO (Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih) dan boleh mengakses perkhidmatan borong selama tiga tahun.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Yoodo

Exit mobile version