Site icon TechNave BM

Yoodo umum pelan tanpa had boleh pilih sendiri: Serendah RM35, kelajuan hingga 6 Mbps

Yoodo ialah pembekal data dan perkhidmatan mudah alih di Malaysia. Pelan tanpa had merupakan pelan yang digilai rakyat Malaysia. Oleh itu, Yoodo kini memperkenal Pelan Tanpa Had baharu yang boleh diubahsuai mengikut selera Internet anda.

Antara dua pilihan pelan dengan penawaran yang baik adalah; Unlimited Atas berharga RM43 sebulan (kelajuan data 6 Mbps), dan Unlimited Bajet berharga RM35 sebulan (kelajuan data 3 Mbps). Jika anda tahu keperluan sendiri, anda boleh ubah suai pelan ini dengan membina Pelan Tanpa Had melalui pemilihan kelajuan internet, kuota data hotspot, jumlah panggilan dan SMS.

Ubah suai sendiri pelan anda
Akses kelajuan tinggi untuk aplikasi terpilih: Anda boleh pilih sendiri aplikasi yang anda mahu

Jika anda memerlukan lebih data hotspot, jumlah panggilan atau SMS, anda boleh ubah suai sendiri dan lihat harga yang dipaparkan berdasarkan pilihan anda. Untuk melihat Pelan Tanpa Had baru ini, anda boleh ke laman rasmi Yoodo.

Apakah pendapat anda mengenai pelan yang boleh diubah suai ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version