Site icon TechNave BM

YouTube akan kurangkan kualiti videonya selama 30 hari

Dengan peningkatan penggunaan internet sewaktu jutaan manusia kekal dalam rumah masing-masing bagi mengurangkan jangkitan COVID-19, YouTube memutuskan untuk menurunkan seting asal (default) dalam kualiti videonya bagi mengurangkan beban bandwith terhadap perkhidmatan telekomunikasi. Seting asal akan ditetapkan kepada definisi piawai (standard definition, SD) untuk penonton YouTube di seluruh dunia.

Syarikat itu akan menetapkan seting tersebut secara perlahan-lahan. Pengguna masih boleh menonton video dalam definisi tinggi (HD) tetapi kini mereka perlu memilih seting tersebut secara manual. Perubahan ini akan dilaksanakan selama 30 hari.

“Kami akan bekerjasama dengan kerajaan dan syarikat rangkaian seluruh dunia bagi mengurangkan tekanan terhadap sistem dalam waktu yang tidak diduga ini. Pada minggu lepas, kami mengumumkan bahawa kami akan menyiarkan semua video dalam kualiti SD di Eropah. Memandangkan ini situasi yang menjejaskan seluruh dunia, kami akan mengamalkan perubahan ini di seluruh dunia mulai hari ini,” kata seorang wakil Google kepada media teknologi Gizmodo.

Adakah anda selalu menonton video YouTube dalam HD? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmodo

Exit mobile version