Site icon TechNave BM

YouTube alih keluar video dengan kandungan maklumat dan perubatan yang tidak tepat

Seperti yang diumumkan oleh YouTube semalam, syarikat itu akan membuang video yang mengandungi maklumat dan perubatan tidak tepat. YouTube akan menyelaraskan garis panduan maklumat salah perubatan sedia ada di bawah tiga kategori iaitu Pencegahan, Rawatan dan Penafian. Dasar ini akan digunakan pada maklumat yang bercanggah dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikut adalah sepertimana dasar ini berfungsi:

Dalam pada itu, syarikat itu akan mula mengalih keluar kandungan yang mempromosikan rawatan kanser yang terbukti berbahaya atau tidak berkesan atau kandungan yang tidak menggalakkan penonton daripada mendapatkan rawatan perubatan profesional. Sebagai contoh, video yang mendakwa “bawang putih menyembuhkan kanser” atau “mengambil vitamin C dan bukannya terapi sinaran”.

Anda disarankan untuk rujuk pada pihak berkenaan bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan rawatan berkesan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

Sumber: YouTube

Exit mobile version