Site icon TechNave BM

YouTube anjurkan festival filem dalam talian percuma sewaktu COVID-19 menular

YouTube telah mengumumkan festival filem dalam talian yang dinamakan We Are One: A Global Film Festival bagi menggantikan ketiadaan puluhan festival filem di seluruh dunia berikutan penularan wabak COVID-19.

Festival tersebut yang akan berlangsung dari 29 Mei sehingga 7 Jun akan menampilkan filem pelbagai genre seperti filem penuh, filem pendek, dokumentari, muzik, komedi dan temuramah bersama festival-festival filem lain seluruh dunia.

Festival We Are One menggantikan festival-festival utama seperti Sundance, Cannes, Venice, Toronto, BFI London dan banyak lagi yang dibatalkan pada tahun ini. Menurut penganjur, filem-filem lama dan baharu akan ditayangkan sempena festival filem dalam talian ini.

Ia juga akan mengiklankan tabung derma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan usaha kebajikan melawan COVID-19 tempatan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menonton filem dalam festival ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version