Site icon TechNave BM

YouTube bakal lancarkan iklan 30 saat dan tidak boleh ‘skip’

Nampaknya, YouTube telah mengeluarkan berita buruk kepada penonton TV Pintar kerana syarikat itu merancang untuk meletakkan iklan tidak boleh langkau yang lebih panjang, walaupun apabila video anda dijeda. Ciri ini akan bermula di Amerika Syarikat dahulu.

Berdasarkan pengumuman YouTube tentang Sorotan daripada Brandcast 2023, dilaporkan bahawa lebih ramai pengiklan akan mengeluarkan iklan masing-masing kerana jumlah tontonan yang besar di YouTube. Dengan ini, YouTube beralih daripada dua iklan 15 saat berturut-turut kepada iklan tidak boleh langkau 30 saat kepada YouTube Select pada CTV. 

Ini kedengaran bagus untuk pengiklan dan pemasar tetapi tidak begitu bagus untuk pengguna YouTube biasa. Selain itu, YouTube membawa ciri iklan Jeda baharu ke CTV, di mana jika anda menjeda video YouTube anda, iklan akan keluar dimainkan walau apa cara sekalipun. 

Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah strategi iklan baharu ini adalah untuk orang yang mempunyai YouTube TV dan bukanlah YouTube pada TV pintar. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Blog YouTube

Exit mobile version