Pencipta kandungan melalui YouTube yang tinggal di Malaysia kini menikmati ciri baharu iaitu Super Chat dan Super Sticker. Fungsi ciri ini sama seperti pemberian bintang yang terdapat di Facebook yang mana streamer boleh menukarkan bintang yang diberi oleh penontonnya kepada wang.
Di Malaysia, kebanyakan streamer bersiaran langsung di Facebook berbanding YouTube kerana Facebook menyediakan platform yang lebih mudah kepada streamer untuk meraih bintang yang didermakan oleh penonton.
Tetapi kini, YouTube sudah mula mengorak langkah bagi bersaing dengan platform lain dalam bidang penstriman terutamanya di Malaysia. Ketika bersiaran langsung, terdapat ikon kecil dengan tanda dolar di sebelah ikon Emoji. Dengan mengkliknya, anda boleh menghantar Super Chat, Super Sticker atau mendaftar keahlian ke saluran YouTube streamer tersebut.
Super Stickers mempunyai pilihan jumlah yang tetap daripada RM6 sehingga RM150. Bagi fungsi Super Chat pula, anda boleh menyesuaikan jumlah yang anda ingin beri kepada streamer tersebut. Jumlah maksimum untuk sekali derma kepada streamer tersebut ialah RM1,500.
Semakin banyak anda memberikan derma, semakin lama Super Chat anda berada di bahagian atas dalam ruangan perbualan tersebut. Bagi pencipta kandungan, saluran mereka mestilah memenuhi syarat tertentu agar layak untuk menukarkan Super Stickers dan Super Chat kepada wang. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik sini.
Kami tidak pasti sama ada kedua-dua ciri ini tersedia untuk semua rakyat Malaysia. Namun, kami sudah mencubanya dan kedua-dua ciri ini berfungsi. Kami yakin anda juga boleh menggunakannya.
Adakah anda menyukai ciri baharu yang YouTube bawakan ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita
Sumber: TechNaveEN

