Site icon TechNave BM

YouTube uji 5 iklan sebelum video bermula, pengguna mengadu iklan tidak boleh di “skip”

YouTube merupakan platform media sosial video yang dimiliki sepenuhnya oleh Google kini telah melaksanakan format iklan baharu secara senyap. Pengguna YouTube yang tidak melanggan YouTube Premium akan menerima sehingga 5 iklan sebelum video anda bermula.

Berita itu dikongsi oleh beberapa pengguna YouTube yang mengadu di Twitter dan Reddit bahawa mereka telah menerima 5 iklan dan bukannya 2 sebelum menonton video YouTube mereka.

Bagi beberapa penonton yang menggunakan YouTube secara percuma, mereka turut melaporkan 5 iklan tersebut tidak boleh di langkau (skip)sedangkan sebelum ini YouTube masih menyediakan butang Langkau (Skip). 

YouTube telah mengeluarkan jawapan rasmi di Twitter yang mengakui keadaan itu. Mereka menyatakan bahawa 5 iklan baharu merupakan jenis format iklan tertentu syarikat yang dipanggil iklan bumper. Seperti yang dijelaskan oleh YouTube, iklan bumper ini adalah iklan berbentuk pendek berdurasi 6 saat dan tidak boleh di langkau (skip).

Buat masa ini, tidak semua pengguna YouTube mengalami situasi 5 iklan dan kebanyakan pengguna YouTube masih menerima sehingga 2 iklan sebelum video dimulakan. Kami juga tidak pasti sama ada “format 5 iklan” ini akan dilancarkan tidak lama lagi atau mengambil lebih masa kepada semua pengguna YouTube.

Akhir sekali, YouTube mengulangi bahawa pengguna boleh menghantar maklum balas terus kepada syarikat melalui alat “Hantar Maklum Balas” pada platform perkongsian video syarikat. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version