Site icon TechNave BM

YouTube Malaysia anjurkan Hari Sukan maya pertama, tampilkan pelbagai “game” kegemaran rakyat

[Kemas kini, 19 Januari] Pihak penganjur Pesta Game memutuskan untuk menangguh acara ini sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

[Berita asal, 18 Januari] YouTube Malaysia telah bekerjasama dengan IGN Southeast Asia dan MyGameOn untuk menganjurkan Pesta Game iaitu sebuah acara Hari Sukan maya yang pertama dalam Malaysia. Pesta ini akan menyaksikan para peserta mewakili “rumah sukan” dan bersaing dalam pelbagai game popular termasuklah FIFA 21, Valorant, Gran Turismo, PUBG dan banyak lagi.

Acara digital ini akan dilaksanakan pada 30 dan 31 Januari di pelbagai saluran YouTube serta saluran televisyen iaitu NTV7, TV3 dan TV9. Para peserta yang akan mewakili rumah-rumah sukan termasuklah personaliti YouTube yang ternama serta para penonton, di mana mereka boleh memenangi pelbagai hadiah menarik.

Pesta Game merupakan acara pertama dalam pelbagai siaran YouTube Super Streams sepanjang 2021 bagi menyiarkan kandungan video menarik untuk rakyat Malaysia yang berada di rumah.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton Pesta Game YouTube dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version