Site icon TechNave BM

YouTube matikan ciri Stories mulai 26 Jun ini

YouTube akan menyingkirkan ciri Stories yang berfungi seperti video Stories di Instagram bermula pada 26 Jun ini. Bagi video sedia ada, ia akan tamat tempoh selepas tujuh hari setelah dimuat naik.

Stories diperkenalkan pada 2017 di bawah nama Reels dan tersedia kepada pengguna yang mempunyai lebih 10,000 pelanggan. Dengan ketiadaan Stories, YouTube mahu pencipta menyiarkan kandungan ke platform Siaran Komuniti dan Shorts

Syarikat itu mengembangkan akses kepada Siaran Komuniti dengan ciri kemas kini berasaskan teks dan menambah keupayaan untuk membuat siaran tamat tempoh selepas tempoh tertentu. Pencipta juga boleh berkongsi tinjauan pendapat, kuiz, imej dan video sebagai Siaran Komuniti yang muncul dalam tab pada saluran.

Dalam pada itu, YouTube sedang berusaha untuk menyalurkan populariti video pendek Shorts dan ingin meyakinkan pencipta video bentuk panjang tradisional untuk mula membuat kandungan Shorts juga. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version