Site icon TechNave BM

YouTube memadam saluran R.Kelly selepas didapati bersalah dalam pemerdagangan seks

Pada bulan lalu, R. Kelly yang merupakan penyanyi terkenal disabitkan atas kesalahan perdagangan seks. Dengan itu, YouTube telah memadam semua saluran RKellyTV dan RKellyVevo serta penyanyi itu tidak dibenarkan membuat atau memiliki saluran di YouTube.

Sekiranya pemilik akaun mengaku dan disabit kesalahan, YouTube mungkin akan memadamkan saluran jika berkaitan dengan jenayah yang dilakukan. Pihak pendakwaan turut menyatakan bahawa R. Kelly telah menyalahgunakan populariti untuk mengeksploitasi wanita dan gadis bawah umur.

Namun, muzik R. Kelly masih boleh disiar dan dibiarkan di YouTube sekiranya ia berada di saluran pengguna lain. Sebelum ini, terdapat tuduhan terhadap R. Kelly di mana video muziknya menggambarkan penderaan seksual seorang kanak-kanak tetapi dia didapati tidak bersalah setelah gadis itu terbukti bukan bawah umur.

Hubungi pihak tertentu untuk dapatkan bantuan secepat mungkin. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version