Site icon TechNave BM

YouTube perkenalkan bunyi “start-up” mirip Netflix

Jika anda kerap menonton siri televisyen atau filem daripada perkhidmatan penyiaran Netflix, anda pasti sudah kenal dengan bunyi dentuman ikonik daripada Netflix apabila anda mengakses tontonan tersebut. Kini, YouTube juga akan memperkenalkan bunyinya sendiri yang akan dimainkan apabila anda mengakses YouTube TV.

Sebaik sahaja anda membuka aplikasi YouTube TV pada televisyen pintar anda, sebuah animasi ringkas akan dimainkan bersama bunyi ikonik untuk YouTube. Syarikat penyiaran video itu telah bekerjasama dengan Antfood untuk menghasilkan bunyi, manakala untuk animasi pula telah dibina bersama syarikat kreatif Buck.

YouTube telah menerbitkan sebuah blog yang menghuraikan proses pembinaan animasi dan audio ini dengan lebih mendalam.

Buat masa ini, bunyi YouTube baharu ini hanya akan dimainkan pada televisyen, namun mereka merancang untuk memperkenalkan bunyi ini dalam lebih banyak peranti lain.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version