Site icon TechNave BM

YouTube perlahankan masa pemuatan video jika anda gunakan “extension” penyekat iklan

Menurut beberapa siaran di Reddit, Google/YouTube disahkan bahawa sengaja memperlahankan kelajuan pemuatan video terutamanya jika anda mempunyai extension penyekat iklan. Buat masa ini, YouTube telah cuba mencari cara untuk menghalang orang ramai daripada menggunakan penyekat iklan sejak tahun lepas.

Sebelum ini, YouTube telah memberi mesej amaran atau menyekat jika anda enggan membuang extension penyekat iklan malah memperlahankan masa pemuatan sejak November lalu sebagai ujian. Mereka yang sedang menggunakan penyekat iklan melaporkan tempoh pemuatan yang lama apabila menonton video YouTube.

Menurut sumber, tempoh pemuatan meningkat sehingga lima minit bergantung pada pelayar web yang berbeza. Walau bagaimanapun, ini juga berlaku kepada pengguna YouTube Premium dengan penyekat iklan mereka dihidupkan untuk platform lain.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version