Site icon TechNave BM

YouTube sedang menguji sebuah fungsi video pendek mirip TikTok

Dengan kehadiran TikTok sebagai platform perkongsian video pendek yang popular, nampaknya pelbagai syarikat internet besar kini ingin menawarkan perkhidmatan yang serupa. Salah satu syarikat ini adalah YouTube, di mana laman web video itu mula menguji sebuah fungsi yang memberikan video-video pendek berdurasi 15 saat.

Menurut TechCrunch, YouTube telah memilih beberapa pencipta kandungan (content creators) untuk menguji fungsi baru ini yang akan membolehkan pengguna untuk merakam beberapa klip pendek melalui aplikasi YouTube dan memuat naik klip-klip tersebut sebagai satu video. Pengguna boleh memuat naik video yang berdurasi sehingga 15 saat.

Fungsi ini masih sedang diuji dalam Android dan iOS. Seperti dalam TikTok, video dalam platform itu juga berdurasi sehingga 15 saat. YouTube mungkin ingin mengikuti format ini memandangkan ia adalah sebuah formula yang sudah pun disambut baik dalam TikTok. Selain YouTube, Instagram juga menawarkan fungsi serupa yang dinamakan Reels dan juga masih dalam pengujian.

Apakah pendapat anda tentang fungsi baru YouTube ini? Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechCrunch

Exit mobile version