Site icon TechNave BM

YouTube Shorts mungkin tampilkan ciri alih suara tidak lama lagi

Sama seperti TikTok, YouTube Shorts membenarkan pengguna membuat klip video pendek sehingga 60 saat dalam aplikasi YouTube dan menawarkan beberapa ciri berguna seperti keupayaan untuk menambah teks pada bahagian tertentu video, kapsyen automatik, penapis asas dan pembetulan warna.

Tidak lama selepas itu, YouTube melancarkan sekumpulan ciri tambahan untuk Shorts seperti keupayaan membuat audio daripada video YouTube dan juga menyediakan dana $100 juta untuk pencipta mempromosikan platform baharu. YouTube kini sedang mengusahakan satu lagi ciri baharu untuk Shorts yang membolehkan anda menambahkan alih suara pada video melalui aplikasi.

Kami telah melihat rentetan baharu yang berkaitan dengan ciri alih suara dalam pendedahan YouTube untuk Android versi 17.04.32_beta. Ia menyatakan ciri itu akan menambah butang alih suara pada aplikasi YouTube membolehkan pengguna merakam alih suara tanpa memerlukan editor video pihak ketiga.

Aplikasi YouTube pada Android hanya membenarkan anda menambahkan bunyi daripada pustaka (library) YouTube ke Shorts. Jika anda ingin menambah klip audio tersuai, anda perlu merakamnya secara berasingan dan kemudian menambahkan audio yang telah disunting pada video menggunakan penyuntingan video pihak ketiga. Ia mampu merakam klip audio 15 saat untuk ditambahkan pada video manakala ciri alih suara akan datang bakal menawarkan pilihan jangka masa.

Pada masa ini, ciri alih suara tidak disiarkan secara langsung dalam beta YouTube untuk Android dan YouTube belum berkongsi sebarang maklumat rasmi mengenainya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: XDA Developers 

Exit mobile version