Site icon TechNave BM

YouTube Shorts pesaing baru TikTok

Baru-baru ini, YouTube telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan aplikasi berformat video pendek yang akan bersaing dengan aplikasi hangat masa kini, TikTok yang diberi nama YouTube Shorts.

Aplikasi ini membolehkan anda merakam video pendek dengan telefon pintar sahaja dan kemudiannya kongsikan di aplikasi ini.

Buat masa kini, YouTube Shorts ini hanyalah dalam proses percubaan Beta dan hanya boleh diakses di India sahaja. Dengan aplikasi ini, anda boleh merakam video dengan jangka masa maksima selama 15 saat sahaja.

Aplikasi ini bakal dilancarkan pada pelantar Android dahulu sebelum ianya datang ke iOS kemudiannya.

Ini adalah langkah yang baik dari YouTube lebih-lebih lagi apabila aplikasi TikTok ini telah dihalang di beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat.

Adakah anda berminat untuk mencuba aplikasi ini? Kongsikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AndroidHeadlines

Exit mobile version