Site icon TechNave BM

YouTube umumkan ciri baharu, yang boleh didapati pada TikTok dan Instagram Reels

Shorts oleh YouTube merupakan video pendek menegak yang diperkenalkan pada tahun 2020. Kini, syarikat itu telah membangunkan beberapa ciri baharu yang boleh didapati pada Instagram Reels dan TikTok untuk Shorts.

Terdapat enam penambahan baru bermula dengan keupayaan ‘Collab‘ untuk merakam Shorts dalam susun atur bersebelahan dengan klip YouTube sedia ada. Di TikTok, ciri ini dinamakan sebagaia ‘Duet’.

Selain itu, fungsi pelekat Soal Jawab turut diumumkan untuk penonton bertanya soalan dan anda membalas melalui komen atau dengan Shorts lain. Kemudian, ia menawarkan alatan baharu supaya pencipta boleh menukar video landskap mereka kepada Short berorientasikan potret.

Ciri ketara lain termasuk keupayaan untuk menyimpan Shorts ke senarai main, video langsung dalam suapan Shorts serta keupayaan untuk menyalin effect dan audio dengan cepat daripada klip campuran semula.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version