Site icon TechNave BM

YouTuber di India kongsi vlog pengalaman dikuarantin dalam wad pengasingan koronavirus

Seorang YouTuber yang berasal dari Kerala, India bernama Shakir Subhan berkongsi pengalamannya dikuarantin di hospital dalam negeri tersebut kerana disyaki telah dijangkiti COVID-19. Beliau ditahan di lapangan terbang selepas mendarat dari Azerbaijan dan terus dibawa masuk ke hospital untuk diasingkan.

Beliau kemudian merakam seluruh perjalanannya secara terperinci dari lapangan terbang ke wad pengasingan. Dalam wad tersebut, seorang lagi sudah pun berada di situ namun dia dilepaskan selepas ujian mendapati dia tidak menghidap COVID-19. Shakir kemudian menjadi satu-satunya orang yang dikuarantin di situ.

Shakir turut berkongsi pengalamannya sepanjang dikuarantin, seperti sewaktu diuji untuk penyakit, disajikan makanan, bagaimana beliau mengisi masa dan perasaannya sepanjang dikuarantin. Semua vlog beliau dirakam, disunting dan dimuat naik ke YouTube dari wad pengasingan tersebut. Salah satu vlog beliau sudah pun mencecah lebih 1 juta tontonan.

Vlog ini adalah sesuatu yang menarik terutamanya buat kita yang tertanya-tanya akan keadaan dalam kuarantin. Kongsi pendapat di Facebook kami anda tentang situasi kuarantin ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: News 18 India

Exit mobile version