Video prank adalah satu genre yang sangat popular di YouTube, namun seorang YouTuber di Nashville, Amerika Syarikat (AS) telah terkorban sewaktu cuba merakam sebuah video prank yang agak melampau. YouTuber bernama Timothy Wilks yang berumur 20 tahun telah ditembak mati sewaktu beliau berpura-pura membuat rompakan.
Dalam rakaman tersebut, Wilks dan seorang rakannya menghampiri sekumpulan orang dengan menghunuskan pisau dan berpura-pura untuk merompak mereka. Salah seorang daripada orang yang dihampiri Wilks, David Starnes Jr, bertindak mengeluarkan pistol dan menembak beliau.
Starnes tidak menyedari bahawa itu hanyalah satu lakonan dan menegaskan bahawa beliau bertindak begitu demi mempertahankan dirinya. Buat masa ini, pihak polis tempatan masih menyiasat insiden tersebut dan tiada tangkapan telah dilakukan.
TechNave berharap agar para pembaca tidak membuat aksi keterlaluan jika ingin membuat video yang menarik perhatian di internet. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Astro Awani

